<

Pasukan Kaunseling Harmony

Kenali barisan kaunselor & pakar yang komited membantu anda.

Latar belakang akademik, pengalaman dan kepakaran setiap kaunselor Pusat Kaunseling Harmony untuk membantu anda memilih kaunselor yang paling sesuai dengan keperluan emosi, keluarga dan kerjaya anda.

Prof. Madya Dr. Fauziah binti Mohd Saad

Prof. Madya Dr. Fauziah binti Mohd Saad

Kaunselor Berdaftar, Pensyarah Kanan, Inovator & Penggerak Kesihatan Mental Negara

No. Lesen KBPA: KB05330, PA04651

Berpengalaman memimpin program kesihatan mental, intervensi komuniti dan pembangunan emosi di IPT, agensi kerajaan, korporat serta NGO.

AKADEMIK
  • PhD (Psikologi Kaunseling).
  • Master of Science in Counseling.
  • Bachelor of Arts dalam bidang berkaitan kaunseling / psikologi.
TENTANG BELIAU

Pensyarah Kanan di Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI dan bekas Pengarah Pusat Kaunseling UPSI (2016–2021). Beliau turut memimpin NGO Dar Ilmi dan Protrainer Counseling Services, serta aktif menggerakkan program intervensi kesihatan mental, anti-buli, pendidikan seksual dan sokongan psikososial untuk pelajar, staf, komuniti bandar dan golongan berisiko.

KEPAKARAN
  • Kesihatan mental di institusi pendidikan dan organisasi.
  • Kaunseling keluarga, perkahwinan dan konflik rumah tangga.
  • Intervensi psikososial & program kesejahteraan komuniti.
  • Pembangunan modul CBT-H, CARE, TEMAN Madani dan program e-kaunseling.
Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip

Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip

Kaunselor Berdaftar, Profesor Kaunseling & Pengasas Modul PROF MAS

No. Lesen KBPA: KB00155, PA00101

Dikenali sebagai Prof MAS, beliau merupakan profesor di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, perunding serta pengasas modul pensijilan AD-HTP, CBT-H, MLT, ALT, PLT dan GOT-PIMEV yang digunakan meluas dalam latihan kesihatan mental di Malaysia.

AKADEMIK
  • Ijazah Kedoktoran (PhD) Psikologi Kaunseling – UKM.
  • Profesor – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
TENTANG BELIAU

Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah atau Prof MAS ialah Kaunselor Berdaftar dan ahli akademik di UPSI. Beliau menjadi rujukan dalam pembangunan modul intervensi kesihatan mental di sekolah, IPT, organisasi dan komuniti.

KEPAKARAN
  • Pengasas AD-HTP (Art Drawing – House Tree Person)
  • Pensijilan CBT-H
  • Mindfulness Love Therapy (MLT)
  • Acceptance Love Therapy (ALT)
  • Parenting Love Therapy (PLT)
Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee

Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee

Pengarah IYC Kuala Lumpur & Setiausaha Agung Asian Youth Council

Pakar Kepimpinan Belia, Inovasi Sosial & Diplomasi Rentas Budaya

Lebih dua dekad memimpin pembangunan belia, sosial keusahawanan dan kerjasama serantau.

AKADEMIK
  • Adjunct Professor – USIM.
  • President – USM Alumni Association.
  • Latar akademik pembangunan komuniti & kepimpinan belia.
TENTANG BELIAU

Dr. Maliki ialah Pengarah International Youth Centre KL dan Setiausaha Agung Asian Youth Council. Beliau terlibat dalam diplomasi belia, inovasi sosial dan pembangunan serantau lebih 20 tahun.

Di bawah kepimpinan beliau, IYC KL menjadi hab latihan UNESCO dalam penyelidikan & komuniti.

KEPAKARAN
  • Kepimpinan belia
  • Inovasi sosial
  • Diplomasi ASEAN
  • Resilience & social inclusion
  • Pembangunan komuniti & SDGs
Logarani A/P Mathivanan

Logarani A/P Mathivanan

Penolong Pengarah Kanan / Pegawai Psikologi S12 (KUP), Kaunselor Berdaftar

No. Lesen KBPA: KB03964, PA03403

Lebih 18 tahun dalam sesi kaunseling, pengurusan tekanan, keibubapaan & pembangunan remaja.

AKADEMIK
  • Sarjana Sains Kaunseling – UUM.
  • Sarjana Muda Kaunseling – UM.
TENTANG BELIAU

Berkhidmat di LPPKN Perak sejak 2007 dan aktif dalam program tekanan, keibubapaan & karakter remaja. Beliau juga panel tribunal pendamai perkahwinan JPN Perak.

KEPAKARAN
  • Creative Trauma Cleansing (CTC)
  • Master NeoNLP, AD-HTP
  • Mindfulness Love Therapy
  • Body Language Analyzer (CBLA)
  • Mental Health First Aider
Muhammad Ashraff bin Ahmad

Muhammad Ashraff bin Ahmad (Ash)

Ahli Psikologi Klinikal & Organisasi, Kaunselor Berdaftar

No. Lesen KB/PA 07817/07369 · MAHPC(CP)00131

Menggabungkan psikologi klinikal, organisasi dan kaunseling dalam membantu isu mental, kerjaya & hubungan.

AKADEMIK
  • PhD – University of Malaya.
  • Master of Clinical Psychology – UoC.
  • Master of Counselling – OUM.
  • Master of Industrial Psychology – HELP.
TENTANG BELIAU

Ash berpengalaman dalam NGO & korporat, memberi terapi kepada populasi khas seperti wanita, komuniti LGBTQ+, individu HIV, serta pasangan dan remaja.

KEPAKARAN
  • Kesihatan mental seksualiti
  • Ujian psikologi
  • Kaunseling hubungan & kerjaya
  • Trauma & gender-based violence
Muhammad Syahir Aiman bin Md Sukor

Muhammad Syahir Aiman bin Md Sukor

Kaunselor Berdaftar

No. Lesen KBPA: KB10126, PA09730

Penceramah motivasi & trainer remaja dengan pengalaman luas dalam pembangunan pelajar.

AKADEMIK
  • Master of Education (Guidance & Counselling) – UPSI.
  • Bachelor of Education (Guidance & Counselling) – UPSI.
  • Diploma in Contemporary Islamic Sciences – IIC.
TENTANG BELIAU

Syahir pernah bekerja sebagai Medical Service Executive, associate trainer, tutor UPSI dan trainer motivasi sejak 2013. Aktif dalam kepimpinan pelajar & hal ehwal antarabangsa.

KEPAKARAN
  • Modul motivasi pelajar
  • Kaunseling remaja & mahasiswa
  • Kaunseling keluarga & konflik hubungan
  • Public speaking & pengendalian bengkel
Haziq Azree bin Yazid

Haziq Azree bin Yazid

Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling, Edufluencer UPU

Pakar bimbingan pelajar, strategi laluan pendidikan dan aplikasi kreatif dalam sesi kaunseling.

AKADEMIK
  • Pelajar PhD (Bimbingan & Kaunseling) – UPSI.
  • Kelulusan terdahulu dalam Bimbingan & Kaunseling.
TENTANG BELIAU

Haziq ialah penceramah, fasilitator motivasi dan Edufluencer UPU dengan gaya penyampaian bertenaga, dekat dengan dunia pelajar sekolah.

KEPAKARAN
  • Choice Theory & Reality Therapy (CTRT)
  • Motivasi akademik remaja
  • Perancangan kerjaya & UPU
  • Pembangunan modul latihan GBK
Bernard Lee

Bernard Lee

Consultant

Konsultan yang menyokong pelaksanaan program serta operasi Pusat Kaunseling Harmony.